Monday, 4 April 2022

MASA



Bila aku fikir apa berlaku masa dulu, ada sebabnya setiap perkara yang telah berlaku ada sebabnya walau setiap inci dalam pengalaman itu. Manusia ada hitam putih karakter, ceriteria hidup masing-masing. Tetapi kenapa apabila mengalami pengalaman kekecewaan, kesedihan hati, sehingga tak ada mood untuk melakukan sesuatu, kenapa ea?..Aku kadang-kadang terfikir kenapa ada semua ini. Inilah keajaiban Allah dalam menguruskan takdir setiap manusia dengan sebaiknya demi kebaikan manusia. Hanya manusia sahaja yang berfikir untuk keputusan dalam hidup yang diberi perancangan oleh Allah. Berfikir secara logik dan matang.
Bila aku fikir masa sekarang yang sedang  dialami, apa aku sedang buat. Automatik apa yang sedang berlaku. Macam aku tengah taip sekarang dalam masa sekarang ni, begitu juga apa manusia lain sedang buat. tengah tidur ke? tengah bersahur ke sebab sekarang 2 Ramadhan, sedang mengaji sementara tunggu adzan Subuh, sedang bekerja shift malam bagi yang bekerja di syarikat produk berterusan ke, dan macam-macam la. Setiap apa sedang buat melalui niat apa yang nak buat.
Bila aku fikir masa depan, itu adalah rancangan dan impian setiap manusia.Impian, untuk cita-cita, untuk mencapai apa yang minat dan suka, dengan niat untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan paling besar "untuk"kerana ALLAH Taala. Tapi kan, kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang, walau perancangan untuk kebaikan datang daripada manusia, tapi Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku pada masa depan, sudah tertulis di Luh Mahfuz kesan aygn berlaku terhadap manusia, tidak kira ajal maut jodoh. Rancangan manusia, selain usaha, tawakal dan doa terhadap Allah semoga berjalan lancar, kalau itu ketetapan Allah walau rancangan manusia gagal, hati redha.

THE END

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2022

 

Monday, 14 February 2022

WELCOME BACK!!!

 


Hey....
Dah 8 tahun berhabuk diari online aku ni..Last tajuk pasal Handsome Gigi Jongang Semua Sama..LOL..Kelakar beb sangat childish ayat-ayat aku ni hahahahhaa..Yela..Dulu kan terikut blogger popular macam Dr. Fatin Liyana, Namee Roslan, lagi tak ingat huhu..Aku pun nak test la buat mcm tuh..tapi banyak kisah aku cintan cintun cintin la apa la hahaahhaha..Ish2 PIYA2..Nahh..Terbuka hati nak aktif semula blog ni walau zaman 2022 ni zaman canggih ada vlog tapi aku lebih selesa menulis..Alaa..novel sekarang pun just online aje bila baca hehe..So nak ucap Hai Diari Kesunyian, Habuk2, lagi apa ntah nak gelarkan ia hehe..Okay itu jela nanti aku sambung taip2 ea..BYEE :) 

Sunday, 13 July 2014

Handsome? Bergigi jongang? sama aje...

Assalamualaikum...

Dah lama tak taip entry ni. Selalu aku cuma buka dan baca blog aje...Ok, tajuk di atas? Aku teringat kenangan dulu masa tuh tahun 2012. Dah lama wei..Masa tuh aku dan 2 orang classmate aku pergi jalan2 kat bandar Melaka. Masa kat Melaka, time tuh dah tengah hari time orang lunch, aku dan 2 orang classmate aku tuh singgah kat food court kat Melaka Parade. Lepas order ambil makanan minuman, kami duduk kat 1 meja kosong berhadapan dengan meja yang diduduki sepasang suami isteri. Meja yang kami duduk ni meja 4 kerusi. Dan aku pula duduk hadap kat pasangan suami isteri dengan tuh.

Masa kami tengah lunch, mata aku sempat meliar kat pasangan tuh. Aku sempat tengok lelaki yang merupakan suami itu pandang aku lain macam. Then mata aku meliar ke tempat lain. 2 orang classmate aku pula syok dengan lunch diaorang masing2. 3 4 minit kemudian mata aku meliar balik kat lelaki itu. Then dengan terkejut bercampur hampir tersembur makanan:



Alahai
Dia sengih kat aku!!...
Aku tak tahu nak panggil pakcik atau abam..
Sebab aku tengok umur nampak lingkungan 30an pastuh ada isteri...
Kalau panggil dia abam lagi lah tersembur habis makanan.

Bagi lelaki2 yang berumahtangga plus ada anak lagi, tak kiralah hensem ke bergigi jongang ke, macam ni lah ke bila lelaki pergi jejalan dengan isteri dan anak sekali style berkesan lah kan adalah dengan pandang dalam2 kat perempuan lain lepas tuh sengih..Kalu hensem tak apa, kalau macam gambar di atas macam mana ekk??...

..perempuan apa lebih kurang juga...
..manusia rambut hitam hati lain2....

Sunday, 18 May 2014

Api Api!

Assalamualaikum...

Malam2 ni dengan bukanya "buku" aku, aku start lah satu persatu huruf aku taip. Dengan ruang masa yang lapang sekarang nie, aku nak cerita satu kisah makanan. Glurp! Makanan??? Ok.. 8 Februari 2014, masa aku kat Melaka kawan lama aku sejak kecik lagi ajak aku pergi 1 restoran. Restoran apakah?? Yang ada makanan rebus2 dan panggang. Kalau kat Melaka setakat yang aku tahu restoran tuh adalah Restoran Api Api Steamboat & Grill. So aku pun join lah dengan dia dan kawan2 satu batch dengan dia pergi lunch kat restoran tuh. 


Sebelum jejak kat restoran tuh diaorang ajak pergi shopping barang diaorang kat Mydin Mart. Dekat aje dengan restoran tuh. Lepas shopping kami gerak ke restoran tuh. Sampai kat sana, alahai kawan aku and the geng dia, sempat bergambar kat area tuh.Aishh... (sorry tak ada gambo diaorang yup :D)..Masuk kat restoran tuh Kami booking meja yang dekat sikit dengan kipas siling (haha angin kinetik aje untuk keselesaan kami).. Lepas tuh seorang abg yang merupakan salah seorang pekerja restoran tuh pergi kat meja kami dan tanya soalan 'kuah steamboat nak sup ke tomyam?'...Kami bagi jawapan nak tomyam. Tomyam ada rasa pedas2. Lepas tuh kami pergi ke tempat pilihan bahan makanan untuk lunch.


Belum rebus dan panggang lagi bahan makanan tuh dah rasa terliur. Dengan tak sabarnya kami mulalah dengan aktiviti rebus dan panggang. 










Kaw kaw kami ambil macam2 bahan makanan. Sambil rebus dan panggang sambil tuh juga kami makan.Heee...





Sempat lagi ambil gambar plat tuh..Program "Jalan2 Cari Jalan" anjuran TV3 pun ada jadikan restoran ni sebagai sasaran.


Kalau nak tahu lebih detail pasal restoran ni boleh layan laman sesawang ni

www.apiapisteamboatandgrill.com

Facebook: Api Api Steamboat & Grill 


OK, BYEE  :D...


p/s: ni kalau aku pergi situ tiap2 hari tak payah makan nasi pun tak apa, boleh diet ni..(30% auta :p)

Monday, 31 March 2014

Ohhh My Blogger!!

Assalamualaikum.....:)

Wow! dah lama beb tak buka blog aku..Biasa la wei aku busy (yeke busy? busy sangat lah kannnn)..Sekarang 31 Mac. Esok 1April. Cepat masa berlalu. Cepatnya and dekatnya graduate study aku. Ohh tidak! Adakah aku dah besar panjang? Adakah aku makin tua?? Oh tidak!!... Zaman muda kecik dah belalu. Sekarang zaman aku zaman dewasa yang mengenali dan mengharungi liku kehidupan yang sebenar. Tahun ni 2014. So aku makin besar makin naik umur kenalah jaga diriku sendiri dan berhati hati dalam kehidupan mencabar ini, Insyaallah...

p/s: tak tahu nak tulis apa sebabnya aku rasa nak bermimpi awal malam ni...zzzZZZzzzz

Wednesday, 30 October 2013

^_^

Assalamualaikum...
Hari ini tarikh 29/10/2013. Ok, dah lama aku tak update entry yang hanya biasa2 aje. Yea lah kan sejak kebelakangan ni aku busy dengan study aku dengan kerja part time aku masa cuti semester. 


Aku kerja part time pun sebab isi masa terluang. Sambil tuh boleh cari duit sementara untuk diri sendiri. After that, bulan 9 aku naik semester. Semester sekarang nie lebih mencabar sikit sebab dengan Final Year Project nyer dengan situasi dok kt rumah sewanya. Hehe...pengalaman dok kat rumah sewa nie lebih banyak beri manfaat. Di situlah kehidupan yang sebenar iatu berdikari. Dulu semester2 lepas pun aku dok hostel, bayaran parent support. Sekarang bila dok kat rumah sewa, bayaran sewa dan keperluan semua dari aku. Itulah dinamakan berdikari. Macam mana yup after study then kerja. Lagi banyak mencabar.
Ok lah. Itulah entry simple aku. Aku ngatok nie. Dah la tangan aku still rasa sakit lagi. Sebab aku lah berjalan bertutup mata malam tadi. Hehe...Good nite ^_^


Monday, 13 May 2013

Final Exam + Tengok Movie + Dengar lagu + Baca Novel

Assalamualaikum...

Selamat tengah malam..kreek kreekkk...
Hehe...Baru hari ni nak update post yup Sofea..haha. Yela busy tuh busy especially final exam aku yg start sejak minggu lepas. And baru sekarang ada ilham nak update post aku. Tadi aku busy, busy study untuk next paper esok petang, subjeknyer Environmental Management. Sebagai manusia yg ambil Kejuruteraan Kimia (Process) wajib ambil subjek itu kerana subjek itu ada kaitan hubungan antara kerjaya sebagai jurukimia ( insyaallah) dengan alam sekitar. 


Aku kalau study mesti kena buat simple nota tak kira subjek apa2 pun terutama sekali subjek yang banyak theory daripada calculation. Sebab bila kita tulis nota guna tangan, urat tangan kita transfer ke otak. Begitu juga dengan mata, bila sambil mata tengok untuk baca sambil tulis nota guna tangan, kita akan rasa faham apa fakta theory yang tersurat dan tersirat sebab automatik ia transfer ke otak kita untuk memahami konsep theory itu.

Dalam final exam juga tak ada la aku study aje. Bagi la otak rileks dulu ok. Cian otak tuh. Aku kadang2 tengok movie lagi2 movie favourite aku sejak zaman budak hingusan lagi. Movie tuh movie drama seasons Supernatural. Memang best selain aku minat 2 orang pelakon iatu Jensen Ackles dan Misha Collins, jalan ceritanya menarik tentang pengembaraan dua watak adik-beradik iatu Dean dan Sam Winchesters. Mereka berdua sebagai pemburu supernatural sambil memburu sambil menyiasat tentang kes misteri lagi2 kes supernatural. Sekarang dah keluar season 8 tapi aku baru sampai tonton season 7 sebab aku jarang tengok kat tv masa drama seasons tuh keluar kat tv.


Kadang2 juga aku dengar lagu. Lagu best2 la or lagu2 favourite aku. Kadang2 juga aku baca novel. kebanyakan novel2 beli guna baucer RM250. Beli kat kedai buku Popular. So 80% semuanya novel aku beli sebab tak ada apa2 buku selain novel nak beli. So baca la novel2 aku dari nipis hingga tebal. lalalala... :)



p/s: Aku tak tahu apa nak buat lepas ni. Buat apa lepas nie? Buat pergi tidow aje la, Sofea oiii.... :p