Monday, 14 January 2013

Tabung Duit 'Kejuruteraan Kimia'

Assalamualaikum.....
Pagi ni aku dengan rasa bosannya menaip entri ini. Sebab yang bestnya kelas tak ada pagi ni. Huhuhuhu...Ok, aku dengan main tibai aje taip tajuk post aku di atas. Hakhak..tabung duit, itu tajuk umum. Kalau tajuk khusus ditambah pula Kejuruteraan Kimia.Aik, apa kebendannya merepek tajuk post aku ni. Ok... ada sebabnya aku sengaja mencipta tajuk yang merepek tak kesudahan. Al-kisahnya:

Masa hari Jumaat lepas, time malam lepas magrib aku pergi dengan adik aku naik motor pergi beli barang kat Giant. Aku beli barang untuk dibawa ke hostel aku keesokkannya. Kitaorang lalu kawasan bebas 'road block'. Nak tahu kenapa kitaorang ikut  jalan tuh. Sebabnya ! @ # # $ % ^ & * ( ( ) ... Tak naklah bagitahu. Masa lalu situ, gitu sesaknya kereta2 motor2. Kes ini berlaku sebab time tuh ada perlawanan bola sepak kat stadium Larkin, Johor lwn. Perak. Sampai kat simpang tiga, kitaorang belok ke jalan kiri. Jalan kekanan pula  masih sesak sebab jalan itu nak ke stadium tuh. Dah sampai kat Giant aku carilah barang2 yang aku nak. Satu aje yang aku tak dapat cari walau benda tuh wujud kat Giant. Benda tuh fungsinya simpan duit aje lah. Lepas dah give up dengan muka kebangangannya, aku pergi bayar barang2 yang aku dapat, adik aku pula ikut aku aje macam bodyguard. Lepas tuh bila aje keluar dari Giant aku teringat kedai RM2. Kedai tuh dekat aje dengan Giant. Aku suruhlah adik aku bawa aku pergi ke kedai tuh. Pastuh, aku masuk kedai tuh dan cari benda tuh. Mula-mula nampaklah benda yang comel-comel. Aku reject sebab dah muak dengan benda comel tuh (minta maaf ea aku suka jenis lain dari lain). Lepas tuh aku cari lain. Time tuh aku perasaan satu benda unik. Benda tuh membuatkan perhatian dari aku. Aku pun ambillah benda unik tuh. Aku buka kotak ia dan aku keluarkan, wow dah teringat jurusan study yang aku ambil.

tuh ia......namanya tabung....

Inilah benda tuh yang bernama tabung duit( gelaran umum). Bila aku tengok bentuk strukturnya dah macam tong gas kat rumah aku. Bila aku tengok perkataan 'Butane' kat gambar permukaan tuh dah macam  Organic Chemistry. Bia aku tengok lagi sekali, ada gambar lambang amaran, dah macam OSH(Occuptional Safety & Health). Ni semuanya ada kaitan dengan Kejuruteraan Kimia. Sebab tuh aku menggelarkan ia sebagai 'Tabung Duit Kejuruteraan Kimia' (gelaran khusus). Lepas tuh, aku ambil terus tabung tuh lalu bayar kat cashier. Harganya tak mahal pun tak sampai RM10. Walau harga tuh 'mahal' tetapi tabung tuh ada keunikan tersendiri.


p/s: Aku sebenarnya aku nak berazam nak menabung start 2013. Nanti senanglah untuk masa depan aku walau aku dah besar panjang. Aishhh.......apasal perut aku menyanyi. Hem.. patutlah dah nak tengah hari 0_0
   

No comments: