Assalamualaikum....
Selamat tengah malam. Aku taip entri ni sebab time tuh otak aku dah sesak macam trafik sesak sebab aku kena buat assignment-assignment yang memerlukan otak untuk fikir, tangan untuk taip dan mulut untuk tanya pasal maklumat assignment ni. Bila aku start taip entri ni, aku dapat melepaskan tekanan daripada kesesakan trafik kerja aku. Heee....Tadi aku buat assignment atau mini project subjek Pilot Plant Operation 1. Subjek tu nampak macam biasa tapi ia memerlukan banyak idea macam mana boleh menghasilkan produk melalui proses-proses tertentu dan kesannya penghasilan produck terhadap penjualan di pasaran. Wow! ada kaitan dengan keusahawanan ni. Mula-mula aku ingat Pilot Plant Operation 1 ni "Meliputi petrokimia dan oleo-kimia pemprosesan. Dalam pemprosesan petrokimia, topik termasuk penyulingan minyak mentah, keretakan pemangkin bendalir, hidro-merawat dan perahan minyak pelincir. Dalam pemprosesan oleo-chemical, topik termasuk pengeluaran sabun, syampu cecair, ekstrak semula jadi dan gam / pelekat" (copy and paste). Tetapi ia meliputi semua aspek dalam penghasilan produk termasuk berkaitan pasaran. Lagi baik proses penghasilan sesuatu produk, lagi bagus dan bermutu produk itu. So, kat situlah aku dapat sikit ilmu tentang dunia penghasilan produk sebenar melalui proses-proses tertentu. Haha.. Dah boleh buka kilang produk sendiri ni..heeeee...(gurau, kalau kenyataan dikira alhamdulillah). :)
p/s: Lagi banyak kita dapat ilmu lagi luas fikiran kita dan lagi bodoh kerana banyak ilmu yang kita tidak tahu. Selamat Menuntut Ilmu..:)
No comments:
Post a Comment