Assalamualaikum...
Malam2 ni dengan bukanya "buku" aku, aku start lah satu persatu huruf aku taip. Dengan ruang masa yang lapang sekarang nie, aku nak cerita satu kisah makanan. Glurp! Makanan??? Ok.. 8 Februari 2014, masa aku kat Melaka kawan lama aku sejak kecik lagi ajak aku pergi 1 restoran. Restoran apakah?? Yang ada makanan rebus2 dan panggang. Kalau kat Melaka setakat yang aku tahu restoran tuh adalah Restoran Api Api Steamboat & Grill. So aku pun join lah dengan dia dan kawan2 satu batch dengan dia pergi lunch kat restoran tuh.
Sebelum jejak kat restoran tuh diaorang ajak pergi shopping barang diaorang kat Mydin Mart. Dekat aje dengan restoran tuh. Lepas shopping kami gerak ke restoran tuh. Sampai kat sana, alahai kawan aku and the geng dia, sempat bergambar kat area tuh.Aishh... (sorry tak ada gambo diaorang yup :D)..Masuk kat restoran tuh Kami booking meja yang dekat sikit dengan kipas siling (haha angin kinetik aje untuk keselesaan kami).. Lepas tuh seorang abg yang merupakan salah seorang pekerja restoran tuh pergi kat meja kami dan tanya soalan 'kuah steamboat nak sup ke tomyam?'...Kami bagi jawapan nak tomyam. Tomyam ada rasa pedas2. Lepas tuh kami pergi ke tempat pilihan bahan makanan untuk lunch.
Belum rebus dan panggang lagi bahan makanan tuh dah rasa terliur. Dengan tak sabarnya kami mulalah dengan aktiviti rebus dan panggang.
Kaw kaw kami ambil macam2 bahan makanan. Sambil rebus dan panggang sambil tuh juga kami makan.Heee...
Sempat lagi ambil gambar plat tuh..Program "Jalan2 Cari Jalan" anjuran TV3 pun ada jadikan restoran ni sebagai sasaran.
Kalau nak tahu lebih detail pasal restoran ni boleh layan laman sesawang ni
www.apiapisteamboatandgrill.com
Facebook: Api Api Steamboat & Grill
OK, BYEE :D...
p/s: ni kalau aku pergi situ tiap2 hari tak payah makan nasi pun tak apa, boleh diet ni..(30% auta :p)
No comments:
Post a Comment