Monday, 4 April 2022

MASA



Bila aku fikir apa berlaku masa dulu, ada sebabnya setiap perkara yang telah berlaku ada sebabnya walau setiap inci dalam pengalaman itu. Manusia ada hitam putih karakter, ceriteria hidup masing-masing. Tetapi kenapa apabila mengalami pengalaman kekecewaan, kesedihan hati, sehingga tak ada mood untuk melakukan sesuatu, kenapa ea?..Aku kadang-kadang terfikir kenapa ada semua ini. Inilah keajaiban Allah dalam menguruskan takdir setiap manusia dengan sebaiknya demi kebaikan manusia. Hanya manusia sahaja yang berfikir untuk keputusan dalam hidup yang diberi perancangan oleh Allah. Berfikir secara logik dan matang.
Bila aku fikir masa sekarang yang sedang  dialami, apa aku sedang buat. Automatik apa yang sedang berlaku. Macam aku tengah taip sekarang dalam masa sekarang ni, begitu juga apa manusia lain sedang buat. tengah tidur ke? tengah bersahur ke sebab sekarang 2 Ramadhan, sedang mengaji sementara tunggu adzan Subuh, sedang bekerja shift malam bagi yang bekerja di syarikat produk berterusan ke, dan macam-macam la. Setiap apa sedang buat melalui niat apa yang nak buat.
Bila aku fikir masa depan, itu adalah rancangan dan impian setiap manusia.Impian, untuk cita-cita, untuk mencapai apa yang minat dan suka, dengan niat untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan paling besar "untuk"kerana ALLAH Taala. Tapi kan, kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang, walau perancangan untuk kebaikan datang daripada manusia, tapi Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku pada masa depan, sudah tertulis di Luh Mahfuz kesan aygn berlaku terhadap manusia, tidak kira ajal maut jodoh. Rancangan manusia, selain usaha, tawakal dan doa terhadap Allah semoga berjalan lancar, kalau itu ketetapan Allah walau rancangan manusia gagal, hati redha.

THE END

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2022

 

No comments: