gambar hiasan...
Assalamualaikum...
Aku tidak tahu apa hendak buat malam ini. Aku hanya online aje internet. Bila aku taip dalam blog aku ini, aku terimbas kisah-kisah dulu. Aku ada fikir mungkin kisah-kisah dulu ada hikmahnya kenapa Allah bagi ujian sebegitu. Walaupun ada perasaan sedih, kecewa, gembira, sakit hati dan sebagainya tetapi aku tetap kuatkan diri aku untuk meneruskan kehidupan. Tidak lama lagi umur aku bakal dalam 21 tahun. Aku berasa pelik dan tidak sangka umur aku makin tua. Bukan umur 12 tahun zaman sekolah rendah dan ambil UPSR, bukan umur 15 tahun zaman sekolah menengah dan ambil PMR, bukan umur 17 tahun zaman ambil SPM, tetapi aku sedar sekarang umur aku 21 tahun bila tarikh mengingati kelahiran aku akan tiba tidak lama lagi. Tetapi juga umur aku bukan 31 tahun,bukan 41 tahun tetapi umur aku masih muda iatu 21 tahun. Banyak masa, hari waktu yang akan datang masih kosong untuk mengisi akitiviti-aktiviti kehidupan. Kenapa aku masih ingat sejarah hitam aku, sejarah kesedihan, kekecewaan, kesakitan? Biarlah sejarah hitam itu dijadikan sebagai pengajaran untuk buka buku hidup baru dan lebih matang apa itu kehidupan walau banyak sesuatu yang tidak tahu dalam kehidupan. Sejarah putih dijadikan sebagai kenangan manis unutk masa depan. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Petunjuk. Walau apapun aku menjalani kehhidupan seperti biasa tetapi dengan niat baru kerana Allah S.W.T dan buka buku kehidupan baru lagi-lagi dalam 2013 dan tahun seterusnya.
p/s: hidup ini kadang-kadang umpama roda
No comments:
Post a Comment