Assalamualaikum.....
Setia Hujung Nyawa? Apa ayat yang aku tulis kat tajuk itu.Hemmmm.....Kalau hendak tahu itu bukan perkataan-perkataan ciptaan aku ea. Tetapi aku suka ungkapan ayat sebegitu. Kenapa ea?..Ohhh....Sebenarnya "Setia Hujung Nyawa" adalah tajuk bagi sebuah novel. Tetapi kenapa aku minat novel itu? Sebab novel ini memberi makna dalam kehidupan manusia. Dengan itu, aku selitkan gambar novel itu dengan sinopsisnya sekali:
ini novelnya....
SINOPSIS:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Ok.Itu ia novel dengan sinopsisnya sekali. "Setia Hujung Nyawa" ada dibuat drama yang sedang ditayangkan di TV 3 setiap hari Isnin-Khamis pukul 7 malam. Drama itu menunjukkan cerita umpama life dari novelnya yang dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran dalam kehidupan.
dramanya....
Setiap manusia ada kesilapan sendiri. Ada buat kesilapan besarr dan kecil, ada yang sengaja atau tidak sengaja. Kesilapan itu dijadikan sejarah silam yang sudah berlalu. Tidak semestinya orang yang membuat silap terutama silap besar tidak mempunyai masa depan. Tidak semestinya orang yang membuat silap dibiar tanggung sendiri tanpa bimbingan. Allah Maha Penyayang. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Pengampun. Ada sebabnya kenapa manusia ada kesilapan. Walau begitu, setiap manusia inginkan kebahagiaan dan kesilapan yang telah dibuat tidak akan berulang lagi jika niat ingin berubah kerana Allah Taala.
Sekian Terima Kasih :)
p/s:
No comments:
Post a Comment